BAHASA MELAYU KOMTEMPORARI

SELAMAT DATANG KE BLOG BAHASA MELAYU KOMTEMPORARI ( CMLS )

Wednesday, September 21, 2011

Linguistik Terapan


SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

Sinopsis
•Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmulinguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden.Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani,zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zamanPeralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitikperbandingan dan zaman linguistik moden.
•HASIL PEMBELAJARAN1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom,Arab, India hingga zaman moden abad ke 20 Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarahilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelummasihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmulinguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya denganpenemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasilkajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalamkajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji padazaman linguistik yang bermula di Eropah.1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman RomDalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidangpengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satutamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun inimerangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.

PEMBIDANGAN LINGUISTIK

Linguistik umum: linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan pernyataannya secara umum.

Linguistik khusus: linguistik yang mengkaji kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa tertentu, atau rumpun bahasa tertentu.

Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada sistem bahasa itu.

Linguistik terapan: merupakan hasil penelitian linguistik untuk tujuan praktis. Linguistik digunakan untuk tujuan kemanusiaan dan keilmuan.

Linguistik teoretis: melihat bahasa sebagai bahasa bukan hanya sebagai alat. Linguistik teoretis berbeda dengan teori linguistik